Home Pusat Sumber


GURU BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 15 & 16)
Tarikh : 17/04/2017 - 28/04/2017
1. Pn. Yap Guek Hoon (K)
2. Pn. Teh Meow Lee
3. En. Seah Kok Guang
4. Pn. Tengku Nazuin bt Tengku Nazudin
5. Pn. Siti Hajar bt Abdullah
6. Pn. Rohana Che Aman
7. Pn. Rohaida bt Mohd Radzi
8. En. Haszahdi b Hassan


AKTIVITI / MESYUARAT
  • -

  • MEMO / MAKLUMAN
  • Senarai Nama Pelajar (Versi 2) boleh dimuaturun di 'Download >>Bahan Untuk Guru. (Sila login untuk link capaian terhad)
  • Pusat Sumber Sekolah PDF Print E-mail
    Written by Administrator   
    Monday, 14 February 2011 00:00

     

    Banner_pss


    SEJARAH PSS

     

    Pusat sumber asalnya terletak di tingkat 3 Blok B. Pada 30 Ogos 1986, telah berlaku kebakaran yang memusnahkan hampir 95% bahan-bahan di pusat sumber. Pada tahun 1987, pusat sumber telah berpindah ke tingkat bawah Blok B.
     

    Memandangkan keluasan pusat sumber yang tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai, pada tahun 2000 pusat sumber telah diubah suai keluasannya dan dinaik taraf. Pusat sumber sementara dibuka di Blok C yang menempatkan sebahagian kecil buku yang diperlukan untuk rujukan pelajar.


    Pada Februari 2001, pusat sumber yang baru dan lebih selesa telah dibuka semula di Blok B. Bilik audio visual juga dapat disiapkan di blok yang sama untuk menempatkan bahan-bahan audio visual.
     

    Pada tahun 2004, Pusat Sumber SMK Tinggi Bukit Mertajam telah dianugerahkan gelaran Johan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang Kategori Sekolah Menengah Bandar.
     

    Pada tahun 2007, sekali lagi Pusat Sumber SMK Tinggi Bukit Mertajam telah menyandang gelaran Naib Johan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang Kategori Sekolah Menengah Bandar.


    Pada tahun 2008, buat kali kedua Pusat Sumber SMK Tinggi Bukit Mertajam telah menyandang gelaran Naib Johan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang Kategori Sekolah Menengah Bandar.



    MATLAMAT

    1. Meningkatkan profesion perguruan dan mutu pendidikan.
    2. Menyediakan segala kemudahan, perkhidmatan dan sumber P&P guru dengan pendekatan teknologi pendidikan.
    3. Membentuk golongan pelajar yang sempurna dengan sifat dedikasi, berdikari, berdisiplin, berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif.
    4. Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar.

     

     

    OBJEKTIF

    Menguruskan Maklumat
    • PSS sebagai tempat mengumpul serta mengedarkan pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat inilah, guru-guru dan para pelajar dapat memperkaya pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.

     

    Kecemerlangan Pendidik

    • Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta potensi individu serta sahsiah.

     

    Penggunaan Kemudahan

    • Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

     

    Pemupukan Minat Belajar

    • Memupuk minat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara saintifik.

     

    Penghasilan Bahan

    • Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggandakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

     

    Perkhidmatan Pembelajaran

    • Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar.

     

    Kemahiran Maklumat

    • Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

     

    FUNGSI

    • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
    • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
    • Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas
    • Menjadikan pusat perhubungan antara sekolah dengan agen pekhidmatan maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
    • Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
    • Menggalakkan dan mempromosi aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
    • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
    • Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
    • Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
    • Menyediakan alatan pendua dan rakaman serta perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.


    Last Updated on Sunday, 02 March 2014 23:39