Home Profil HSBM Bicara Pengetua


GURU BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 7 & 8)
Tarikh : 12/02/2018 - 23/02/2018
1. Pn. Melati bt Sulaiman (K)
2. Pn. Rosesazlina bt Ismail
3. Pn. Siti Nazila bt Zakaria
4. Pn. Siti Suriati bt Abu Bakar
5. Pn. Nur Nadhifah bt Ramli
6. En. Seah Kok Guang
7. Pn. Tengku Nazuin bt Tengku Nazudin
8. En. Ahmad Shaberi b. Hanapi


AKTIVITI / MESYUARAT
  • -

  • MEMO / MAKLUMAN
  • Senarai Nama Pelajar (Versi 2) boleh dimuaturun di 'Download >>Bahan Untuk Guru. (Sila login untuk link capaian terhad)
  • Bicara Pengetua PDF Print E-mail
    Written by Administrator   
    Friday, 11 February 2011 00:00

    BICARA PENGETUA


    Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

     

    Juhari

    Saban tahun “Accomplish or do not begin” adalah satu ‘historic motto’ yang telah mencabar warga HSBM sehingga berjaya menghasilkan kejayaan demi kejayaan. Sebaik saja setiap individu diterima sebagai warga sekolah secara rasmi, tidak kira dalam bentuk apa kapasiti sama ada sebagai pelajar, pendidik, AKP, waris, Alumni dan sebagainya; mereka saling bertekad untuk memberikan yang terbaik dalam memaksimumkan kemenjadian potensi dan tanggungjawab masing masing. Justeru, tidak kira banyak mana masa yang diperuntukkan, sedikit mana bantuan yang diberikan ataupun sebesar mana pun cabaran dan kekangan yang perlu diatasi, setiap warga HSBM perlu mendepani kesulitan kendiri dan kekangan organisasi demi merealisasikan misi dan visi sekolah yang juga misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia.

                        Tahun 2018 juga tidak terkecuali. Cabaran sebagai bukan lagi sekolah kawalan perlu menjadikan warga sekolah lebih sistematik, teratur dan bekerja keras untuk memastikan prestasi pencapaian akademik, kokurikulum dan penghayatan sahsiah pelajar terus mendahului sekolah lain. Pencapaian PT3 2017 yang meningkat secara keseluruhan dari tahun 2016 adalah indikator penting di atas kemampuan pelajar dan guru bergerak bersama pihak pentadbir dan waris dalam melakar kejayaan yang lebih bermakna pada masa akan datang. Diizinkan Allah pencapaian SPM dan STPM yang akan diumumkan tidak lama lagi akan terus menjadikan kita lebih bersemangat untuk membuat refleksi serta pemurnian strategi program sedia ada bagi memastikan kecemerlangan berterusan dapat dicapai.


    Sehubungan itu kita akan terus gigih menjayakan 5 fokus utama HSBM tahun 2018 iaitu :


    1.   Pengupayaan maksimum gerak kerja, kepimpinan dan kompetensi pentadbir, guru dan pelajar

    2.   Penghayatan budaya HOTS, 4C dan ICT PDPC PAK21

    3.   Pengukuhan pencapaian Kokurikulum melalui perancangan, latihan intensif dan program pembangunan berkesan

    4.   Pemantapan sahsiah melalui kesepaduan aktiviti merentas bidang

    5.   Penambahbaikan prasarana pembelajaran dalam dan luar bilik darjah cemerlang.


    Saya berkeyakinan tinggi dengan pematuhan sepenuhnya Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2(SKPMg2) di semua lapisan warga SMKTBM, sekolah akan terus cemerlang seperti sepatutnya.


    We will only accomplish for we have already begun!




    (JUHARI BIN AHMAD)



    Pengetua

    SMK Tinggi Bukit Mertajam


    Last Updated on Wednesday, 03 January 2018 23:13