|
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali ke-2 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 14 May 2012 09:55 |
|
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SMK Tinggi Bukit Mertajam kali ke-2 akan di adakan seperti ketetapan berikut:
| Tarikh |
: |
16 Mei 2012 (Rabu) |
| Masa |
: |
3.30 Petang |
| Tempat |
: |
Bilik Gerakan |
Semua AJK PIBG SMK Tinggi Bukit Mertajam sesi 2012/2013 dijemput hadir.
|
|
Last Updated on Monday, 14 May 2012 09:16 |
|
|
Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 03 May 2012 21:14 |
|
Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2012 bagi Tingkatan 4 dan 5 bermula
11 Mei 2012 manakala bagi Tingkatan 1, 2, 3 dan 6 Atas bermula pada 14 Mei 2012.
Klik link di bawah untuk lihat jadual terperinci:
1. Jadual Peperiksaan Tingkatan 1 - 2
2. Jadual Peperiksaan Tingkatan 3 - 6
(Sila download jadual baru bagi tingkatan 3 - 6)
Diharapkan semua pelajar membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan tersebut. |
|
Last Updated on Wednesday, 16 May 2012 19:18 |
|
|
Pendaftaran Pelajar Pra-U Bawah 2012 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 03 May 2012 14:52 |
|
Pendaftaran kemasukan pelajar Pra-U Bawah sesi 2012 akan diadakan seperti butiran berikut:
| Tarikh |
: |
8 Mei 2012 (Selasa) |
| Masa |
: |
9.00 - 11.30 pagi |
| Tempat |
: |
Dewan HSBM |
Sila bawa dan serahkan SALINAN dokumen berikut semasa pendaftaran:
a) Surat Tawaran
b) Slip SPM 2011
c) Sijil Kelahiran
d) Kad Pengenalan dan
e) Sijil Kokurikulum Tingkatan Lima Taklimat ringkas akan diadakan jam 10.30 pagi. Pelajar yang selesai mendaftar dibenarkan balik selepas sesi taklimat ringkas.
Bayaran kemasukan ke Pra-U Bawah [Sila Klik Di sini]
Orientasi pelajar Pra-U akan diadakan pada: 9 Mei hingga 18 Mei 2012 (7.30 pagi - 12.15 tengah hari)
Borang Pengesahan Unit Disiplin [Klik disini] perlu diperolehi daripada Unit Disiplin sebelum pelajar dibenarkan mendaftar.
Pelajar yang gagal mematuhi etika / peraturan sekolah TIDAK DIBENARKAN untuk mendaftar pada hari tersebut.
Etika Pelajar Pra-U Bawah semasa sesi pendaftaran
- Pelajar lelaki di wajibkan memakai baju kemeja dan seluar sekolah berwarna putih.
- Pelajar perempuan (bukan Islam) diwajibkan memakai baju blaus berwarna putih dan skirt berwarna biru tua.
- Pelajar perempuan (Islam) wajib memakai tudung dan baju kurung berwarna putih, dan kain berwarna biru tua (seperti kain sekolah rendah).
- Kasut berwarna hitam, stokin berwarna putih.
- Rambut pelajar lelaki tidak boleh dikerinting, diwarna, berfesyen dan menyimpan ekor rambut, berjuntai ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.
- Kuku hendaklah pendek dan bersih. Murid dilarang mewarnakan kuku /mengecat kuku walaupun dengan menggunakan inai.
- Murid tidak dibenarkan mencukur, mencabut atau mentatoo bulu kening. Murid dilarang menggunakan celak aneka atau mascara atau apa saja alat solek. Murid dilarang memakai subang pada kening.
- Semua murid dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai kaki dan barang-barang kemas lain.
- Murid lelaki tidak dibenarkan memakai subang, seluar londeh, mengkerinting atau mewarna rambut, membotakkan kepala atau menyimpan rambut jenis skin-cut, flat top atau skin-head.
- Buku Peraturan Sekolah – RM3.00 wajib dibeli oleh semua pelajar
- Pelajar perempuan bukan Islam wajib mengikat / mendandan rambut sekiranya rambut mencecah paras bahu dengan getah berwarna hitam. Rambut mesti dipinkan dengan pin rambut berwarna hitam.
|
|
Last Updated on Monday, 07 May 2012 13:33 |
|
|